HANOI: Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang kru kabin syarikat penerbangan Vietnam Airlines selepas didapati bersalah melanggar peraturan kuarantin dan menyebarkan virus Covid-19 kepada orang lain.
Menurut Kementerian Keselamatan Awam Vietnam dalam kenyataan, selepas sesi perbicaraan yang berlangsung sehari, Duong Tan Hau, 29, di sabit kesalahan ‘menyebarkan penyakit berjangkit berbahaya’
Hau didapati bersalah kerana melanggar tempoh kuaratin selama 14 hari dan bertemu dengan 46 orang sepanjang penerbangannya dari Jepun pada November tahun lalu.
Lelaki itu juga didakwa mengunjungi tempat awam termasuk kafe dan menghadiri kelas bahasa Inggeris ketika tempoh kuarantin.
Hau disahkan positif koronavirus pada 28 November.
Sikap jahil lelaki itu menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di bandar ini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 yang dianggarkan menelan belanja AS$194,192 (RM805,090). – REUTERS