Saudi Railways pantau penyelenggaraan kereta api Haramain - Utusan Malaysia

Saudi Railways pantau penyelenggaraan kereta api Haramain

PETUGAS stesen bercakap menggunakan walkie talkie di stesen kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Jawatankuasa Diraja di Mekah menandatangani perjanjian dengan Saudi Railway Co. (SAR) bagi urusan penyelenggaraan dan operasi kereta api Haramain menerusi kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Mekah dan Menteri Kewangan.

Menerusi perjanjian itu, SAR akan bertanggungjawab bagi urusan penyelenggaraan dan operasi kereta api berkelajuan tinggi selama lima tahun serta menguruskan penumpang dan keselamatan projek.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Diraja, Abdulrahman Addas berkata, perjanjian itu sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.

Katanya, perjanjian itu sebagai pelengkap strategi pihak suruhanjaya membangunkan bandar suci itu menerusi syarikat Kidana yang menawarkan pelan integrasi untuk membangunkan kawasan itu dengan penyertaan daripada sektor swasta dan syarikat tidak berasaskan keuntungan.

Sementara itu, CEO SAR, Bashar Al-Malik menzahirkan kegembiraan dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak kepemimpinan kerana memilih SAR untuk meningkatkan perkhidmatan para jemaah.

Jelasnya, pihak syarikat akan berusaha mengurangkan operasi dan kos penyelenggaraan yang meningkat 35 peratus.

“Perkhidmatan kereta api akan beroperasi mengikut piawaian antarabangsa bagi memastikan perkhidmatan kelas dunia dan keselamatan kepada penumpang. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya