Ratusan penduduk Myanmar lari ke Thailand - Utusan Malaysia

Ratusan penduduk Myanmar lari ke Thailand

POLIS melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi membantah rampasan kuasa di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAE SOT: Ratusan penduduk Myanmar meninggalkan negara itu sejak bulan lalu selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa dan kini berlindung di kawasan sempadan Thailand yang dikuasai oleh kumpulan militia.

Pegawai dari Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) iaitu kumpulan militia yang berjuang menentang pasukan tentera Myanmar sejak berdekad lalu memaklumkan ribuan orang termasuk ratusan penduduk negara itu berlindung di dalam kawasan kawalan mereka.

“Ratusan penduduk Myanmar ada di tempat kami ketika ini.

“Ada dalam kalangan mereka merupakan ketua protes, petugas perubatan, anggota tentera dan polis serta kakitangan kerajaan termasuk ahli Parlimen,” kata Ketua Hal Ehwal Luar KNU, Padoh Saw Taw Nee.

Pasukan keselamatan Myanmar setakat ini mengakibatkan kira-kira 217 kematian penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya