WELLINGTON: Puluhan ribu penduduk yang tinggal di kawasan pantai di New Zealand, New Caledonia dan Vanuatu berpindah ke tempat tinggi hari ini selepas tiga gempa bumi kuat mencetuskan ancaman tsunami.
Siren amaran dapat didengar di seluruh Noumea, New Caledonia ketika pihak berkuasa mengarahkan perpindahan segera susulan bimbang ombak tsunami setinggi tiga meter bakal melanda kepulauan utara negara ini.
“Orang ramai perlu menjauhkan kawasan pantai serta merta dan menghentikan semua aktiviti air,” kata jurucakap kecemasan New Zealand, Alexandre Rosignol.
Negara ini dilanda tiga gempa bumi kuat dengan yang pertama direkodkan 7.3 skala Richter, 7.4 (kedua) dan 8.1 (ketiga).
Menurut Pemantau Geologi Amerika Syarikat, kesemua gempa tersebut berlaku kira-kira 1,000 kilometer di pantai New Zealand pada pukul 8.28 pagi waktu tempatan.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan Vanuatu dan New Caledonia berkemungkinan berdepan dengan ombak tsunami paling besar sehingga setinggi tiga meter.
Laporan awal mendapati tsunami kecil berlaku di Tonga dan beberapa negara lain termasuk Japan, Rusia, Mexico dan kawasan pantai di Afrika Selatan juga diramal bakal berdepan ancaman tsunami. – AFP