Polis tembak mati suspek pengganas di Jakarta - Utusan Malaysia

Polis tembak mati suspek pengganas di Jakarta

IBU pejabat polis Indonesia cuba diserang pengganas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan menembak mati seorang suspek pengganas yang cuba memasuki perkarangan ibu pejabat polis, di sini hari ini.

Bunyi berbalas tembakan juga dilaporkan kedengaran di kawasan terbabit.

Lapor Kompas.com, satu video amatur menunjukkan seorang individu yang berpakaian serba hitam cuba memasuki kawasan ibu pejabat polis.

Media tempatan melaporkan, suspek yang ditembak mati merupakan seorang wanita dan kejadian berlaku kira-kira pukul 4,00 petang waktu tempatan.

Beberapa imej yang disiarkan MetroTV serta stesen penyiaran lain menunjukkan suspek terbaring atas jalan dan tidak bergerak ketika dikepung polis.

Namun, polis sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya