Polis berkas dua individu buat ancaman di Christchurch - Utusan Malaysia

Polis berkas dua individu buat ancaman di Christchurch

DALAM kejadian dua tahun lalu, pengganas kulit putih melakukan tembakan rambang di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat sehingga menyebabkan 51 orang maut serta berpuluh-puluh lagi cedera. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Polis New Zealand memberkas dua individu berhubung ancaman dalam talian terhadap dua masjid di Christchurch.

Anggota polis dari bandar South Island mengumumkan penangkapan dua suspek semasa persiapan sempena ulang tahun kedua kejadian keganasan tembakan rambang di Christchurch pada 15 Mac 2019 dilakukan.

Bagaimanapun, tiada pertuduhan dikenakan dan pihak polis belum memberikan sebarang butiran lanjut.

“Kami mengambil kira semua ancaman ini secara serius dan bekerja rapat dengan komuniti Muslim. Sebarang mesej kebencian atau ancaman daripada mana-mana individu terhadap komuniti Islam, sama sekali kami tidak akan bertoleransi. Itu bukan budaya negara ini,” katanya.

Dalam kejadian dua tahun lalu, pengganas kulit putih, Brenton Tarrant, 28, melakukan tembakan rambang di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat sehingga menyebabkan 51 orang maut serta berpuluh-puluh lagi cedera.

Pembunuhan kejam menggunakan senjata api semi-automatik itu disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Semua mangsa adalah orang Islam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Tertuduh, Tarrant dipindahkan ke satu-satunya penjara kawalan maksimum di New Zealand yang terletak di Auckland dan dikawal ketat 24 jam serta tiada pelawat dibenarkan.

Dikenali sebagai Penjara Paremoremo, ia mempunyai unit penjara kawalan maksimum khas yang menempatkan penjenayah paling ganas di negara itu. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya