PM Thailand sembur wartawan dengan bahan disinfeksi - Utusan Malaysia

PM Thailand sembur wartawan dengan bahan disinfeksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menyembur bahan disinfeksi terhadap sekumpulan wartawan kerana berang dengan soalan yang dikemukakan dalam sidang akhbar mingguan, di sini hari ini.

Prayut ‘geram’ selepas wartawan bertanya kepada beliau tentang kemungkinan berlaku rombakan Kabinet.

Secara spontan, Prayut meminta para wartawan supaya ‘jaga hal sendiri’ sebelum menyembur mereka dengan semburan disinfeksi.

Prayut terkenal dengan sikap barannya dan serinh melakukan tindakan di luar jangkaan.

Sebelum ini, beliau pernah mencuit telinga wartawan ketika bercakap kepada media dan membaling kulit pisang kepada jurugambar.

Selepas menghadiri satu majlis pada 2018, Prayut enggan bercakap kepada media, sebaliknya menyediakan kadbod dirinya dan meminta wartawan bertanyakan soalan kepada ‘lelaki tersebut’. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya