ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi hari ini menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca. Pejabat perdana menteri negara itu membuat pengumuman tersebut dalam usaha menunjukkan sokongan terhadap vaksin berkenaan. Menurut seorang jurucakap, Draghi, 73, dan isterinya sudah menerima suntikan vaksin itu di sebuah pusat vaksinasi di stesen Termini di tengah Rom. Itali menggantung penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford selama beberapa hari pada awal bulan ini, susulan laporan mendakwa ia boleh menyebabkan masalah darah beku. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan pengawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) menegaskan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya