BAITULMUQADDIS: Syarikat farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech memaklumkan data dunia sebenar dari Israel menunjukkan vaksin Covid-19 keluarannya adalah 94 peratus berkesan membendung jangkitan koronavirus tanpa gejala. Data tersebut selari dengan laporan keberkesanan 95 peratus dalam ujian klinikal vaksin peringkat akhir yang dilakukan pada Disember tahun lalu. Kementerian Kesihatan Israel memaklumkan data tersebut dibangunkan daripada pengesanan kadar jangkitan yang berlaku. Sebelum ini, vaksin Pfizer-BioNTech mengurangkan jangkitan termasuk kes tanpa gejala sebanyak 89.4 peratus dan kes dengan gejala 93.7 peratus, berdasarkan data dari 17 Januari hingga 6 Februari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya