LONDON: Pergaduhan tercetus semasa peserta protes berhimpun di tengah bandar ini yang menentang amaran pihak polis supaya kekal berada di rumah semasa perintah berkurung bagi mencegah penularan Covid-19.
Pihak polis berkata, pihaknya membuat sebanyak 33 tangkapan yang melanggar perintah tersebut selepas 10,000 orang berhimpun sambil memegang sepanduk dengan slogan ‘Henti musnahkan kehidupan anak-anak kami’ dan ‘Pandemik palsu’.
Peserta yang berhimpun itu dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal sehingga bersesak-sesak dan menghidupkan suar.
Mengikut peraturan Covid-19 England, adalah menyalahi undang-undang sekiranya terdapat mana-mana kumpulan yang berhimpun bagi tujuan memprotes.
Namun, tindakan sedemikian semakin meningkat minggu ini dan bukan hanya spesifik berkaitan anti perintah berkurung semata-mata.
Lebih 60 penggubal undang-undang Britain menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Priti Patel, yang menggesa supaya protes dibenarkan semasa perintah berkurung kerana demonstrasi tidak wajar diletakkan di bawah kesalahan jenayah.
Individu yang dimaksudkan termasuk Ahli Parlimen Konservatif, Stece Baker dan pemimpin Demokrat Liberal, Ed Davey menerusi sepucuk surat yang menguruskan kempen kumpulan Liberty dan Big Brother Wartch.
Sementara itu, pihak polis menerima kritikan hebat kerana menggunakan kekerasan semasa menahan Sarah Everard, 33, pada 13 Mac lalu.
Anggota polis terlibat dituduh melakukan penculikan dan pembunuhan. -REUTERS