Penunjuk perasaan berang tindakan polis - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan berang tindakan polis

SEORANG penunjuk perasaan menggunakan penyembur pemedih mata ke arah anggota polis di Yangon. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Penunjuk perasaan yang berhimpun di Myanmar hari ini menentang tindakan keras oleh pasukan keselamatan, sekali gus menyebabkan gesaan panggilan respons kesatuan antarabangsa selepas keganasan melampau berlaku sejak rampasan tentera bulan lalu.

Anggota polis yang lengkap dengan penyembur air dan perisai tentera dikerahkan ke kawasan himpunan di Yangon, sementara penunjuk perasaan yang berhimpun di Kale, Barat Laut Myanmar, mengangkat gambar pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi dan menjerit ‘demokrasi tujuan kita’.

Video Live di Facebook menunjukkan himpunan kecil berkumpulan di sepanjang jalan di Lashio, Shan, melaungkan slogan semasa pihak polis menghampiri mereka.

Pemimpin utama protes, Ei Thinzar Maung memuat naik kenyataan dalam Facebook dan menyatakan sudah sebulan tentera mengambil alih pemerintahan negara itu.

“Mereka lumpuhkan kita dengan tembakan semalam. Kita akan datang lagi hari ini,” tulisnya.

Sekurang-kurangnya 18 terbunuh semasa pertempuran di beberapa tempat di negara itu semalam, menurut pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pihak polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar Yangon selepas gas pemedih mata dan tembakan amaran gagal menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut pemerintahan Aung San Suu Kyi dikembalikan. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya