RAMALLAH: Penduduk Palestin mula menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini menerusi program bantuan Covax di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut koresponden AFP di Tebing Barat, kira-kira 60,000 dos vaksin keluaran Pfizer dan AstraZeneca diperuntukkan untuk penduduk Palestin di bawah Covax.
Bekalan vaksin tersebut tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv, Israel. – AFP