Pemberontak Rakhine dikeluarkan daripada senarai pengganas - Utusan Malaysia

Pemberontak Rakhine dikeluarkan daripada senarai pengganas

PEMBERONTAK AA diletakkan dalam senarai kumpulan pengganas semasa pemerintahan Aung San Suu Kyi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta tentera Myanmar mengeluarkan pemberontak Tentera Arakan (AA) daripada senarai kumpulan pengganas atas alasan kumpulan itu telah berhenti membuat serangan demi memastikan keamanan di seluruh negara.

Lapor Reuters, pengumuman itu dibuat semasa junta tentera sedang bergelut berhadapan penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Jurucakap AA menyambut baik berita tersebut.

Pemberontak AA berjuang bagi kuasa autonomi lebih besar di barat Rakhine dan sejak dua tahun lalu merupakan pencabar paling hebat terhadap tentera yang memerangi pelbagai perang etnik selama tujuh dekad.

Tahun lalu, pemberontak AA diletakkan dalam senarai kumpulan pengganas semasa pemerintahan Aung San Suu Kyi.

“Kumpulan yang dilabelkan sebagai pengganas sebelum ini dikeluarkan daripada senarai itu bermula 11 Mac hari ini,” lapor Mirror Daily.

Jurucakap AA, Khine Thu Kha berkata, Rakhine menderita akibat keganasan selama ini dan pengguguran daripada label kumpulan pengganas itu adalah sesuatu yang positif.

“Pengumuman itu mungkin tidak menyelesaikan masalah di seluruh negara, namun, ia akan jadi permulaan untuk menyelesaikan masalah di negeri Rakhine. Jadi kami sangat mengalu-alukannya,” katanya.

Pemberontak AA tidak menyuarakan sokongan terhadap penunjuk perasaan di ibu negara, malah sangat sedikit bilangan protes yang berlaku di Rakhine.

Sedangkan negeri itu pernah menjadi perhatian dunia pada 2017 apabila 700,000 orang daripada kumpulan minoriti Islam Rohingya melarikan diri daripada tindakan ganas tentera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya