Pelobi wakili junta Myanmar dibayar RM8.25 juta - Utusan Malaysia

Pelobi wakili junta Myanmar dibayar RM8.25 juta

PENUNJUK PERASAAN memakai alat pelindung ketika menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa junta tentera di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang pelobi yang direkrut untuk mewakili junta Myanmar di peringkat antarabangsa didakwa menetapkan bayaran sebanyak AS$2 juta (RM8.25 juta).

Ia berdasarkan dokumen difailkan di Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat oleh AFP.

Pelobi warga Israel-Kanada, Ari Ben-Menashe dan firma Dickens dan Madson yang berpangkalan di Montreal telah menandatangani kontrak dengan rejim tentera Myanmar pada 4 Mac lalu, lebih sebulan selepas insiden rampasan kuasa itu.

Salinan perjanjian itu menyatakan bahawa firma tersebut telah bersetuju mewakili republik Myanmar untuk melobi AS, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Israel, Rusia serta negara lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika dan organisasi antarabangsa lain.

“Perjanjian antara kedua pihak itu adalah mengenai pembayaran yuran dan perbelanjaan berjumlah AS$2 juta (RM8.25 juta) yang akan dibayar oleh prinsipal luar kepada pendaftar apabila dibenarkan secara sah dengan mengawal bidang kuasa,” jelas dokumen itu.

Dokumen tersebut disiarkan di laman sesawang Jabatan Keadilan AS.

Dilaporkan, sebahagian tugas firma itu adalah untuk membantu menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di negara tersebut sambil melobi agar sekatan antarabangsa ditarik balik.

Myanmar dibelenggu krisis sejak tentera melancarkan rampasan kuasa dan menahan pemimpin negara, Aung San Suu Kyi pada bulan lalu sehingga mencetuskan tunjuk perasaan dalam kalangan rakyat yang menuntut pengembalian semula demokrasi.

Hampir 2,000 orang telah ditahan dan angka kematian meningkat kepada lebih 60 individu ketika pasukan keselamatan berusaha menghentikan protes tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya