Pegawai imigresen Filipina didakwa seludup wanita ke Syria - Utusan Malaysia

Pegawai imigresen Filipina didakwa seludup wanita ke Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Biro Imigresen Filipina menyiasat mengenai dakwaan terdapat anggotanya terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia membabitkan 44 wanita yang dihantar ke Syria.

Siasatan itu dibuat selepas Dewan Senat memaklumkan ada golongan wanita menggunakan visa pelancong dari Filipina ke Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana mereka dijanjikan mendapat pekerjaan.

Senator Risa Hontiveros sebelum ini berkata, ketika di Dubai, kesemua wanita tersebut dikurung dalam bilik yang kotor dan gelap, selain terpaksa tidur atas lantai.

“Selepas visa mereka yang mempunyai tempoh 30 hari tamat, mereka akan dipaksa ke Damsyik dan dijual pada harga AS$10,000 (RM41,325).

“Ada pegawai imigresen disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya.

Kementerian Luar Filipina pada bulan lalu memaklumkan puluhan wanita negara ini melarikan diri ke Kedutaan Filipina di Syria kerana mereka tidak tahan dengan keadaan kerja yang teruk.

Sehingga kini, sebanyak enam wanita Filipina sudah dihantar balik dari Syria. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya