YANGON: Sekurang-kurangnya tujuh lagi penunjuk perasaan maut akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh pasukan polis Myanmar dalam siri protes terbaharu di negara ini.
Empat orang dilaporkan terbunuh dalam demonstrasi di tengah Myanmar, menurut petugas perubatan yang bercakap kepada AFP.
Dua lagi penunjuk perasaan terkorban di Mandalay yang merupakan bandar kedua terbesar di Myanmar.
Seorang daripada mangsa maut di bandar itu ditembak di kepala dan dada.
Dalam pada itu, protes di bandar Myingyan juga bertukar ganas menyaksikan seorang penunjuk perasaan maut.
Sukarelawan perubatan memaklumkan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata, menembak peluru getah dan hidup.
Insiden itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera. – AFP