Nicolas Sarkozy dihukum penjara kerana rasuah - Utusan Malaysia

Nicolas Sarkozy dihukum penjara kerana rasuah

NICOLAS SARKOZY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan rasuah.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tempoh hukuman penjara selama dua tahun digantung dan bakinya dikenakan tahanan di rumah.

Sarkozy, 66, didapati bersalah kerana cuba memberi rasuah kepada seorang hakim pada 2014 dengan menawarkan pekerjaan di Monaco sebagai balasan untuk mendapatkan maklumat mengenai sebuah kes berasingan.

Kes tersebut berkaitan perbualan telefon antara dua peguamnya, Thierry Herzog dan Gilbert Azibert yang dirakam oleh polis pada 2014.

Pasukan penyiasat menjalankan siasatan mengenai dakwaan bahawa Sarkozy telah menerima pembayaran secara tidak sah daripada waris L’Oreal, Liliane Bettencourt untuk kempen pilihan raya presiden pada 2007.

Sarkozy merupakan bekas presiden Perancis pertama yang dijatuhi hukuman tahanan rumah.

Menurut peguamnya, Sarkozy akan membuat rayuan di mahkamah dan bebas sepanjang proses tersebut.

Dalam keputusan mahkamah, Hakim Christine Mee berkata, ahli politik konservatif itu sedar tindakan yang dilakukannya adalah salah.

Tambah Mee, tindakan Sarkozy dan dua bekas peguamnya telah memberi imej buruk kepada masyarakat.

Sekiranya rayuan Sarkozy tidak berjaya, maka beliau boleh dikenakan tahanan di rumah dengan memakai tag elektronik tanpa menjalani hukuman di penjara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya