WELLINGTON: Amaran tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan gempa bumi kuat melanda kepulauan utara negara ini ditarik balik selepas keadaan terkawal dan disahkan selamat.
Penarikan balik amaran tersebut memberi kelegaan kepada penduduk negara ini yang bimbang jika tsunami besar membadai tempat tinggal mereka.
Lapor NZ Herald, ombak tinggi membadai beberapa kawasan pantai di New Zealand awal hari ini menyebabkan ribuan penduduk diarahkan berpindah dari rumah, sekolah dan pejabat.
Arahan tersebut dikeluarkan selepas gempa bumi susulan sekuat 8.1 skala Richter menggegarkan Kepulauan Kermadec.
Pada pukul 1.25 petang waktu tempatan, Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan memaklumkan amaran tsunami sudah ditarik balik, iaitu 13 jam selepas gempa berlaku.