Nenek tiri Obama meninggal dunia - Utusan Malaysia

Nenek tiri Obama meninggal dunia

BARACK OBAMA bersama Sarah dalam satu majlis perasmian di Kogelo, barat Kenya pada 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Nenek tiri kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kenya.

Lapor BBC, Sarah Obama yang berusia 99 tahun, meninggal dunia pada awal pagi ini di Hospital Jaramogi Oginga Odinga di bandar barat Kisumu, Kenya.

Anak perempuannya, Marsat memberitahu akhbar Daily Nation bahawa keluarganya sedang menguruskan proses pengebumian untuk dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di bandar tersebut.

Mendiang lebih mesra disapa sebagai `Granny Sarah’ oleh bekas presiden AS itu.

Sebelum ini, Sarah pernah mempertahankan Obama ketika pilihan raya presiden negara itu selepas cucunya didakwa bukan anak kelahiran AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya