Myanmar: Seorang peserta protes terbunuh - Utusan Malaysia

Myanmar: Seorang peserta protes terbunuh

REAKSI peserta protes selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Mandalay. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pihak polis melepaskan tembakan terhadap peserta demonstrasi hari ini di bandar Mandalay sehingga menyebabkan seorang terbunuh, menurut saksi dan pihak media.

Lapor Reuters, lelaki itu ditembak di bahagian leher dan mati di tempat kejadian.

Awal hari ini, himpunan besar-besaran masih berlangsung dengan aman di seluruh kawasan bandar dan peserta melaungkan:

“Zaman batu sudah berakhir, kami tidak takut kerana kamu yang memberikan ancaman.” laung mereka.

Protes di Myanmar berlaku sejak awal Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya