Myanmar bermandi darah, lebih 90 penunjuk perasaan maut - Utusan Malaysia

Myanmar bermandi darah, lebih 90 penunjuk perasaan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Pasukan keselamatan Myanmar menembak mati lebih 90 penunjuk perasaan hari ini dalam protes anti rampasan kuasa yang disifatkan paling teruk sejak Februari lalu.

Insiden berdarah itu berlaku ketika Myanmar menyambut Hari Pasukan Bersenjata dengan ketua tentera, Jeneral Min Aung Hlaing berikrar pasukan keselamatan akan terus melindungi penduduk negara ini.

Portal berita Myanmar Now melaporkan, seramai 91 orang maut di seluruh negara akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

Kumpulan pemantau bebas yang merekodkan jumlah kematian penunjuk perasaan memaklumkan angka korban adalah sebanyak 93 orang.

Bagaimanapun, kedua-dua jumlah itu melebihi angka korban penunjuk perasaan dalam demonstrasi pada 14 Mac lalu iaitu antara 74 hingga 90 orang.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun merupakan antara 29 mangsa yang maut di Mandalay dan sekurang-kurangnya 24 terbunuh di Yangon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya