Mumbai rekod kes Covid-19 paling tinggi di India - Utusan Malaysia

Mumbai rekod kes Covid-19 paling tinggi di India

PETUGAS perubatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang wanita di Mumbai, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Negeri paling kaya di India iaitu Maharashta dan ibu negerinya, Mumbai merekodkan kes jangkitan Covid-19 paling banyak sejak pandemik itu melanda India.

India yang ketika ini mempunyai 1.3 bilion penduduk menjadi negara kedua selepas Brazil yang mencatatkan kes jangkitan paling tinggi di dunia.

Mumbai menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan kes tersebut apabila sehingga hari ini, bandar raya tersebut merekodkan sebanyak 2,877 kes dan kes keseluruhan di Maharashta berjumlah 25,833 kes.

Selain itu, beberapa negeri lain turut merekodkan peningkatan kes Covid-19 termasuk Gujarat dan Madhya Pradesh yang sudah melaksanakan sekatan pergerakan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi pada awal minggu ini memberitahu para pemimpin negeri supaya meningkatkan usaha mengekang penularan jangkitan dan mempercepatkan ujian saringan Covid-19.

“Dalam beberapa minggu, kira-kira 70 daerah mencatatkan peningkatan jangkitan lebih 150 peratus dan angka itu boleh bertambah secara drastik jika tiada langkah kawalan diambil segera,” katanya.

Sehingga kini, India sudah memberikan 40 juta suntikan vaksin kepada penduduknya dan menyasarkan 300 juta populasi di negara ini akan divaksin menjelang penghujung Julai ini. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya