WASHINGTON: Seorang model wanita dari North Carolina menjalani pembedahan kosmetik mengecilkan dahi selepas berasa kurang selesa dengan saiz dahinya yang besar. Lapor Metro, Camilla Coleman Brooks, 26, menghabiskan masa hampir sedekad menyembunyikan dahi sebesar 8.5 sentimeter dengan menggayakan rambut potongan `fringe’. Ukuran itu dikatakan dua sentimeter lebih besar berbanding purata saiz dahi wanita di Amerika Syarikat (AS). Model itu meneliti pelbagai pilihan lain sehingga dia memutuskan untuk melakukan pembedahan mengecilkan dahinya. Ibu kepada dua orang anak itu, membelanjakan sejumlah AS $6,958 (RM28,653) untuk menjalani pembedahan kosmetik itu yang berjaya mengecilkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya