LONDON: Sebuah lukisan yang bertemakan menghargai pengorbanan petugas kesihatan ketika berdepan pandemik Covid-19, berjaya dijual pada harga 16.75 juta pound (RM95.3 juta). Karya seni berjudul Game Changer dijual kepada pembeli yang tidak didedahkan namanya pada harga 14.4 juta pound (RM81.63 juta) ditambah dengan kos selepas bidaan sengit di rumah lelong Christie di London. Lukisan minyak dihasilkan oleh seniman terkenal, Banksy memaparkan seorang budak lelaki sedang bermain dengan anak patung yang mengenakan pakaian seragam jururawat manakala patung adiwira, Superman dan Batman berada dalam bakul di sebelah. Karya itu pertama kali dipamerkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya