Logo Amazon menyerupai senyuman Hitler  - Utusan Malaysia

Logo Amazon menyerupai senyuman Hitler 

LOGO aplikasi telefon pintar Amazon dikatakan seperti senyuman Adolf Hitler. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat Amazon dilaporkan menukar logo baharu di aplikasi telefon pintar selepas dikatakan versi awal itu seakan-akan mirip senyuman Adolf Hitler.    

Memetik laporan Daily Mail, syarikat itu baru-baru ini menukar logo lama dengan menggantikan simbol `shopping cart’ yang menampilkan sebuah kotak Amazon berwarna coklat dengan sehelai pita bergerigi di tengah bahagian atas kotak terbabit      

Namun, logo itu juga menggabungkan tanda anak panah berbentuk senyum yang merupakan sebahagian daripada jenama Amazon.  

Rata-rata pelanggan Amazon berasa kurang selesa dengan logo baharu syarikat itu kerana tanda senyum itu mirip misai diktator berkenaan.

Logo itu diubah lagi dengan kini menampilkan pita yang dilipat ke tepi berbanding reka bentuk bergerigi.     

 Amazon tidak mengulas mengenai komen perbandingan Hitler tetapi memaklumkan sudah mengubah reka bentuk pada logo awalnya berdasarkan maklum balas pelanggan.

Seorang jurucakap Amazon memberitahu The Verge bahawa syarikatnya sentiasa meroka kaedah baharu untuk menggembirakan pelanggannya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya