BANGKOK: Sambutan Songkran pasti berbeza tahun ini selepas semburan air, serbuk dan buih tidak akan dibenarkan sepanjang festival itu berlangsung pada bulan depan. Menteri Budaya Thailand, Itthiphol Kumplome berkata, larangan itu selaras dengan protokol yang ditetapkan oleh pasukan pencegahan Covid-19 negara ini bagi mengelak penularan jangkitan koronavirus. Katanya, garis panduan mengenai sambutan Songkran sudah diserahkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA), kelmarin. “Garis panduan itu turut dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Thailand dan Kementerian Pelancongan dan Sukan negara ini. “Sambutan Songkran tahun ini akan memfokuskan kepada aspek tradisional serta agama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya