Lagi letupan di Pertamina - Utusan Malaysia

Lagi letupan di Pertamina

EMPAT daripada 72 tangki di loji penapis minyak Pertamina di Balongan, Jawa Barat, Indonesia masih terbakar. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Satu lagi bunyi letupan kedengaran di loji penapis minyak milik PT Pertamina RU VI Balongan di Indramayu, Jawa Barat.

Insiden itu menyebabkan penduduk panik dan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Namun, tiada insiden serius berlaku dan sebanyak empat daripada 72 tangki di loji penapis minyak berkenaan masih terbakar selepas tiga hari insiden letupan berlaku serta usaha pemadaman kebakaran berjalan lancar.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Jabatan Penerangan Umum Polis Indramayu, Ahmad Ramadhan berkata, api dapat dikawal dan dijamin tidak akan merebak ke tangki minyak yang lain.

“Usaha pemadaman masih berlangsung, namun api tidak semarak dua hari lepas dan api di dua daripada tangki tersebut beransur padam.

“Kira-kira 339 penduduk di kawasan sekitar juga masih ditempatkan di pusat perlindungan sementara,” katanya.

Jelas Ahmad, polis masih menyiasat punca kejadian dan belum menemukan sebarang petunjuk.

“Pihak berkuasa ketika ini masih meneliti kerosakan yang  berlaku, selain menyiasat punca kejadian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Gabenor Jawa Barat, Uu Ruzhanul Ulum berkata, insiden itu tidak melibatkan keseluruhan kawasan tangki, sebaliknya hanya empat tangki yang meletup dan terbakar.

“Dua daripada tangki tersebut dilaporkan kosong atau tidak penuh ketika kejadian berlaku,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya