Korea Utara lancar dua peluru berpandu ke perairan Jepun - Utusan Malaysia

Korea Utara lancar dua peluru berpandu ke perairan Jepun

GAMBAR yang dirakam pada 14 Januari oleh agensi berita Korea Utara menunjukkan peluru berpandu balistik semasa pertunjukan senjata ketenteraan di negara itu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik di perairan Jepun, lapor pihak berkuasa Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas Korea Utara menembak dua peluru berpandu bukan balistik ke Laut Kuning, lapor BBC.

Ujian peluru berpandu cruise tidak dilarang, tetapi peluru berpandu balistik dianggap sebagai senjata yang mengancam.

Sementara itu, Jepun menjelaskan tiada serpihan peluru berpandu yang jatuh ke dalam kawasan perairannya.

Pyongyang dihalang melakukan ujian tersebut berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berkata, ujian yang dilancarkan itu memberi ancaman kepada keselamatan dan keamanan di rantau ini.

Menurut kenyataan daripada Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan, pelancaran dua peluru berpandu itu adalah ‘peluru berpandu yang tidak dikenali’.

Ujian percubaan itu dilakukan selepas pentadbiran Joe Biden berusaha melakukan hubungan dengan Korea Utara.

White House dan sekutunya berusaha menyemak semula dasar terhadap Kore Utara.

Selama beberapa dekad sekatan dilakukan termasuk tiga pertemua antara bekas Presiden AS, Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un gagal menghalang Pyongyang daripada membangunkan senjata nuklear yang lebih besar dan mematikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya