Kemboja rekod kes kematian pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Kemboja rekod kes kematian pertama Covid-19

KEMBOJA berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 di negara itu dengan baik. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kemboja merekodkan kes kematian pertama Covid-19 selepas seorang lelaki berusia 50 tahun disahkan positif wabak itu, dua minggu lalu.

Lapor Reuters, Kemboja merupakan antara negara Asia yang mencatatkan kes paling rendah dengan kes jangkitan Covid-19 hanya 1,124 kes secara keseluruhan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, lelaki itu maut awal pagi ini.

Mangsa disahkan positif pada 27 Februari lalu dan merupakan pemandu kepada rakyat China yang tinggal di bandar Sihanoukville yang turut menerima jangkitan.

Negara yang mempunyai 16 juta penduduk itu terletak bersebelahan Laos, Thailand dan Vietnam berjaya memastikan pandemik itu berada dalam kawalan.

Kemboja memulakan program vaksinasi Covid-19 bulan lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya