Junta Myanmar perketat kawalan, bekalan elektrik terjejas - Utusan Malaysia

Junta Myanmar perketat kawalan, bekalan elektrik terjejas

PENUNJUK perasaan membasahkan kain yang akan digunakan untuk mengelak terkena gas pemedih mata di Yangon, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Bekalan elektrik di kebanyakan kawasan di seluruh Myanmar hari ini terjejas seketika akibat ‘masalah sistem’.

Orang ramai mula memuat naik status dala media sosial berhubung masalah tersebut ketika bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Pengendali tenaga elektrik, Yangon Electricity Supply Corporation memaklumkan antara kawasan terlibat dengan gangguan bekalan termasuk pekan Yankin di tengah Yangon dan bandar Magway.

Menjelang pukul 4 petang, syarikat tersebuy menyatakan bekalan elektrik sudah disambung semula, namun mengambil masa untuk mencapai kesemua kawasan.

Gangguan bekalan elektrik itu berlaku ketika junta mengetatkan kawalan terhadap penunjuk perasaan yang sehingga kini mendesak rampasan kuasa ditamatkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya