CALFORNIA: Seorang wanita tidak menyangka menemui tempat penyimpanan bom di bawah lantai bilik tidurnya.
Lapor The Mirror, tempat bom itu turut mempunyai bilik tidur dan lubang udara.
Jennifer Little mendedahkan perkara itu di Tik Tok miliknya selepas dia bercadang mengalihkan beberapa perabot untuk menutup lubang di rumahnya.
Suaminya kemudian memasuki lubang itu dan menerangkan terdapat dua katil dua tingkat dan bilik air.
Jennifer pada mulanya menyangkakan tempat penyimpanan bom itu sejak Perang Dunia Kedua, namun, rumah yang didiami itu dibina selepas 1951.
Oleh itu, mereka mengesahkan tempat itu adalah simpanan bom nuklear semasa Perang Dingin.
“Rumah ini ada tempat menyimpan bom sedangkan orang ramai begitu takut dengan bom nuklear yang berlaku di perairan California terutamanya di kawasan tengah bandar itu kerana merupakan kawasan yang terlalu terdedah,” katanya.
Video yang dimuat naik itu mendapat jutaan tontonan dan masing-masing teruja melihat pendedahan itu.
Seorang pengguna berkata, semua alat itu kelihatan masih terpelihara walaupun sudah berhabuk dan mencadangkan mereka mengubahnya semula.