Jual bakso 0.30 sen semangkuk - Utusan Malaysia

Jual bakso 0.30 sen semangkuk

DUA beradik dari Madiun, Jawa Tengah, Indonesia mengusahakan gerai bakso yang dijual 1,000 rupiah semangkuk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dua beradik dari Madiun, Jawa Timur tekad menjual bakso pada harga 1,000 rupiah (RM0.30 sen) semangkuk demi meringankan beban masyarakat ketika pandemik Covid-19 mengancam Indonesia.

Lapor Kompas.com, Sugianto dan Agus Suprianto memberitahu mereka tidak menyesal menjual makanan pada harga yang begitu rendah asalkan masyarakat sekliling masih mampu mengisi perut mereka.

“Kami ingin membantu penduduk yang kurang berkemampuan atau terjejas teruk akibat Covid-19 dengan menawarkan bakso pada harga 1,000 rupiah semangkuk.

“Jika ada yang tidak mampu bayar, tidak mengapa, kami halalkan sahaja, asalkan jangan ada yang berlapar,” kata Sugianto.

Jelas dua beradik tersebut, mereka mendapat idea untuk menjual bakso pada harga tersebut selepas dinyatakan oleh ibu mereka.

“Ibu ingin kami berniaga makanan pada harga murah serta mampu dibeli masyarakat dan hasil perbincangan, kami bersetuju untuk mengusahakan bakso.

“Bermodalkan duit sebanyak tiga juta rupiah (RM855), kami memulakan gerai bakso yang diberi nama ‘Sewu Mawon’ yang  bermaksud ‘seribu sahaja’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya