Jepun keluarkan amaran Tsunami susulan gempa bumi - Utusan Malaysia

Jepun keluarkan amaran Tsunami susulan gempa bumi

AMARAN gempa bumi dan Tsunami kali ini berlaku selepas genap 10 tahun Jepun dilanda gempa bumi dengan magnitud sembilan pada 11 Mac 2011, yang mencetuskan Tsunami dan kerosakan teruk di Fukushima. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran Tsunami selepas gempa bumi dengan 7.2 skala Richter menggegar kawasan pantai timur laut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan mahupun kecederaan berlaku.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 6.09 petang waktu tempatan di perairan Pasifik di wilayah Miyagi dikesan pada kedalaman 60 kilometer (km), lapor JMA yang mengeluarkan amaran gelombang Tsunami sekitar satu meter.

Operator tempatan dan pihak berkuasa nukelar negara berkata, loji nuklear tidak menunjukkan sebarang perkara luar biasa selepas gempa bumi itu, manakala, perkhidmatan kereta api dan kereta api laju Shinkansen terpaksa ditangguhkan.

Pihak Berkuasa Radiasi Nuklear menjelaskan tiada laporan tentang kewujudan aktiviti luar biasa di fasiliti nuklear di kawasan itu.

Pihaknya juga mengesahkan tiada kerosakan dilaporkan di loji Fukushima Daiichi, loji nuklear Onagawa serta reaktor uji kaji nuklear.

Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat meletakkan kekuatan gempa bumi pada 7.0 skala Richter.

Ribuan penduduk menerima amaran pemindahan berhubung Tsunami pada pukul 7.30 petang waktu tempatan.

Sementara itu, beberapa penduduk di pesisir pantai berkata, mereka sudah berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas amaran itu dikeluarkan petang tadi.

“Saya teringat peristiwa 10 tahun lalu. Disebabkan pengalaman itu, saya berpindah segera. Hati saya berdegup kencang,” kata seorang lelaki di bandar Ishinomaki.

Amaran gempa bumi dan Tsunami kali ini berlaku selepas genap 10 tahun Jepun dilanda gempa bumi dengan magnitud sembilan pada 11 Mac 2011, yang mencetuskan Tsunami dan kerosakan teruk di Fukushima. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya