Jepun akan percepatkan program vaksinasi Mei ini - Utusan Malaysia

Jepun akan percepatkan program vaksinasi Mei ini

PETUGAS perubatan menerima vaksin Covid-19 di Pusat Penyakit Berjangkit dan Kanser Metropolitan di Hospital Komagome, Tokyo. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Menteri Vaksin Covid-19, Taro Kono memaklumkan program suntikan vaksin akan disegerakan pada Mei depan sebelum Sukan Olimpik Tokyo berlangsung Julai nanti.

Lapor Reuters, bekalan vaksin diterima dari kilang Pfizer di Eropah yang akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

“Bermula Mei ini, dijangka tiada kesesakan bekalan vaksin berlaku,” kata Kono semasa ditemubual agensi berita itu.

Beliau malah menjangkakan sebanyak 10 juta dos vaksin akan dibekalkan setiap minggu bermula Mei ini.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga malah berjanji untuk membekalkan vaksin secukupnya kepada 126 juta penduduk Jun nanti sebelum Sukan Olimpik bermula 23 Julai.

Namun, majoriti penduduk Jepun mahu Sukan Olimpik ditangguhkan atau dibatalkan menerusi tinjauan yang dilakukan.

Jepun memulakan kempen vaksinasi sejak bulan lalu dengan vaksin import Pfizer-BioNTech.

Suntikan yang dihasilkan oleh AstraZeneca dan Moderna masih menunggu kelulusan peraturan tempatan.

Kerajaan Jepun akan membeli 120 juta dos vaksin AstraZeneca yang kebanyakan akan dihasilkan oleh pembuat ubat tempatan di negara itu serta tidak perlu disimpan dalam suhu terlampau sejuk seperti diperlukan Pfizer-BioNTech.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya