Jarak 4.8km, beza waktu 21 jam - Utusan Malaysia

Jarak 4.8km, beza waktu 21 jam

KEPULAUAN DIOMEDE dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pengguna aplikasi TikTok menjadi tular selepas menceritakan tentang sebuah lokasi cukup unik di dunia melibatkan dua pulau yang memiliki perbezaan zon waktu selama 21 jam walaupun jarak memisahkan kedua-dua pulau itu hanya 4.8 kilometer (km).  

Lapor Mirror, dua pulau yang terletak bersebelahan itu dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede. 

Kepulauan Diomede dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu tidak berkongsi hari yang sama.

Ini bermakna Pulau Big Diomede mempunyai perbezaan waktu hampir sehari awal berbanding jirannya, Pulau Little Diomede meskipun terletak bersebelahan di Selat Bering antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia.  

Big Diomede terletak dalam sempadan Rusia manakala Little Diomede pula di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Jambatan ais yang terbentuk antara kedua-dua pulau pada musim sejuk membolehkan pengunjung melakukan perjalanan jarak pendek merentasi kepulauan dan melalui zon waktu yang berbeza. 

Secara teorinya, individu boleh berjalan kaki dari Rusia ke AS malah perjalanan juga dapat dilakukan menerusi aktiviti perahu layar, kayak atau berenang. 

Kepulauan itu dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada 16 Ogos 1728.  

Dilaporkan, orang asli masih tinggal di Little Diomede yang mempunyai populasi sekitar 110 penduduk manakala Pulau Big Diomede pula kini hanya menempatkan unit tentera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya