Jangkitan Covid-19 di England menurun - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 di England menurun

KADAR jangkitan Covid-19 di England mencatatkan penurunan sejak Januari lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kadar jangkitan Covid-19 di England mencatatkan penurunan sejak Januari lalu, namun pada tahap perlahan dan kes boleh meningkat di beberapa kawasan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Imperial College London, kadar jangkitan di seluruh negara adalah 0.49 peratus, menurun dua per tiga dari 1.57 peratus yang direkodkan pada bulan lalu.

Bagaimanapun, hasil perbandingan menunjukkan terdapat kawasan yang dijangka merekodkan peningkatan kes jangkitan iaitu di London dan beberapa tempat lain.

Ketua kajian, Steven Riley berkata, kadar penurunan itu perlu terus dikekalkan bagi memastikan program vaksinasi yang dijalankan berjaya.

“Terdapat beberapa kawasan yang kadar jangkitannya boleh meningkat dan kita perlu menurunkannya dengan segera atau keadaan kembali tidak terkawal,” katanya.

Dalam kajian tersebut, lebih 165,400 sukarelawan diuji di England antara 4 dan 23 Februari bagi mengukur kadar jangkitan Covid-19 dalam kalangan populasi awam.

Sementara itu, perintah berkurung di seluruh negara akan dilonggarkan bermula Isnin depan, menyaksikan sekolah dibuka semula. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya