JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia (Kominfo) menggesa rakyat untuk tidak menyebarkan rakaman video mengenai kejadian serangan di perkarangan ibu pejabat polis kerana mengandungi unsur keganasan. Lapor AntaraNews, jurucakap Kominfo, Dedy Permadi berkata, pihaknya meminta tidak berkongsi sebarang kandungan sama ada dalam bentuk video, gambar atau naratif yang mengandungi aktiviti keganasan, imej mangsa dan berita palsu. “Pengganas berupaya mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat. “Jadi, penyebaran kandungan seperti ini sebenarnya menyokong matlamat pengganas yang mahu menimbulkan rasa takut dan cemas dalam golongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. Jelas Dedy, pihaknya ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya