ICC mula siasat jenayah perang di Palestin - Utusan Malaysia

ICC mula siasat jenayah perang di Palestin

LETUPAN dapat dilihat selepas jet tentera Israel melancarkan serangan udara di Khan Yunis, Semenanjung Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan rasmi berhubung dakwaan jenayah perang yang berlaku di wilayah Palestin.

Fatou Bensouda menyatakan siasatan tersebut melibatkan semua perkara yang berlaku di Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza sejak Jun 2014.

Pada bulan lalu, ICC memutuskan pihaknya mempunyai hak dan kuasa untuk menjalankan siasatan di Palestin.

Israel menolak keputusan tersebut, namun penduduk Palestin menyambut baik langkah berkenaan yang disifatkan sebagai kemenangan untuk mereka.

ICC mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana pihak yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah hak asasi manusia dan perang di semua negara yang tersenarai dalam perjanjian Statut Rom.

Dalam satu kenyataan, Bensouda menjelaskan pihaknya mempunyai asas yang munasabah untuk memulakan siasatan di Palestin.

Wanita itu memberitahu beliau sudah melakukan pemeriksaan awal yang teliti selama hampir lima tahun dan berjanji siasatan akan dilakukan secara bebas, tidak berat sebelah dan tanpa rasa takut.

“Kami tidak mempunyai agenda lain dan akan melakukan siasatan dengan penuh integriti,” katanya.

Beliau juga menekankan siasatan tersebut akan mengutamakan mangsa jenayah perang, sama ada di Palestin mahupun di Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya