Hanya imbas wajah di mesin ATM - Utusan Malaysia

Hanya imbas wajah di mesin ATM

PENGENALAN biometrik wajah di perkhidmatan mesin ATM merupakan langkah menghapuskan penggunaan kad ATM. -OCBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pelanggan bank OCBC di negara itu kini hanya perlu mengimbas wajah mereka di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi urusan menyemak baki akaun atau mengeluarkan wang.

Lapor Channel News Asia, kaedah terbaharu itu memudahkan pelanggan yang tidak perlu lagi menggunakan kad ATM.

Menerusi pengumuman yang dilakukan hari ini, OCBC Bank berkata, kaedah itu membenarkan pengesahan wajah bagi urusan transaksi bank di mesin ATM.

Pelancaran biometrik wajah di perkhidmatan ATM akan dimulakan dengan permintaan penyemakan baki akaun di lapan ATM terpilih bermula esok.

Menurut OCBC Bank, pihaknya akan mengguna pakai pengesahan wajah bagi urusan pengeluaran duit di semua 550 mesin ATM di Singapura bermula Jun depan.

Pihaknya turut bercadang memperluaskan penggunaan transaksi ATM termasuk deposit wang, pemindahan tunai, tambah nilai dan pembayaran kad kredit bermula tahun depan.

Bagi membolehkan pengesahan wajah di ATM OCBC Bank, pemegang akaun perlu memilih perkhidmatan ATM sebelum memasukkan nombor kad pengenalan di skrin.

Pelanggan kemudian diminta memastikan wajah mereka berada di bingkai dalam skrin, sementara, kamera yang dipasang khas akan mengimbas wajah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya