Hampir 900 rumah di Greece perlu diruntuhkan - Utusan Malaysia

Hampir 900 rumah di Greece perlu diruntuhkan

KEADAAN rumah yang musnah akibat dua gempa bumi yang melanda Greece pada minggu lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Dua gempa bumi yang melanda Greece pada minggu lalu menyebabkan kira-kira 900 kediaman rosak dan tidak dapat dihuni, selain gempa susulan terus berlaku.

Dua gempa bumi yang berukuran 6.3 dan 5.9 skala Richter itu merosakkan ratusan bangunan dan rumah di Larissa, Elassona, Tyranavos dan Farkadona serta mencederakan 11 orang.

Selepas melakukan pemeriksaan terhadap 1,800 struktur, kumpulan jurutera memaklumkan 898 kediaman perlu diruntuhkan termasuk hospital, sekolah dan gereja.

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini menyediakan karavan dan khemah untuk menempatkan penduduk yang terjejas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya