Gunung Merapi muntahkan lava, debu panas - Utusan Malaysia

Gunung Merapi muntahkan lava, debu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Gunung Merapi mengeluarkan dua kali debu panas sejauh 1,300 hingga 1,500 meter antara pukul 12 malam hingga 6 pagi hari ini.

Lapor Kompas.com, Ketua Pusat Pembangunan dan Kajian Teknologi Bencana (BPPTKG), Hanik Humaida mengesahkan kejadian itu.

Data yang diperoleh daripada jabatan itu menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 2.03 pagi.

Debu panas direkodkan pada seismogram dengan amplitud 48 milimiter yang mengambil masa selama 150 saat, manakala, lava mengalir ke arah barat daya.

“Lava itu mengalir sebanyak lima kali dengan jarak maksimum 1,000 meter ke arah barat daya,” katanya.

Situasi berbahaya itu berpotensi merebak ke kawasan Kuning, Boyong, Bedong, Krasak, Bebeng dan Putih sejauh lima kilometer (km) ke arah tenggara di Sungai Gendol.

Ketika letupan berlaku, gunung berapi itu berupaya memuntahkan lavanya sehingga tiga km dari puncak.

Oleh itu, penduduk diingatkan supaya tidak melakukan apa-apa kegiatan di kawasan berpotensi bahaya serta berwaspada dengan lahar gunung berapi yang boleh terjadi ketika hujan di sekitar Gunung Merapi.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya