Gunung berapi meletus di Iceland - Utusan Malaysia

Gunung berapi meletus di Iceland

KAWASAN letusan itu tidak berpenghuni dan tidak menyebabkan sebarang insiden bahaya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Sebuah gunung berapi meletus sehingga langit bertukar warna merah pada waktu malam dari 40 kilometer ibu negara Iceland, Reykjavik.

Pejabat Meteorologi Iceland menerusi ciapan dalam Twitter memaklumkan, letusan gunung berapi bermula di Fagradalsfjall.

Pihak polis dan pegawai pengawal pantai bergegas ke lokasi kejadian, namun, orang awam dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari tempat itu.

Sistem Gunung Berapi Krysuvik yang tidak mempunyai gunung berapi pusat terletak di selatan Gunung Fagradalsfjall di semenanjung Reykjanes di barat daya Iceland.

“Amaran pertama diterima oleh pejabat Meteorologi pada pukul 5.40 pagi waktu Malaysia. Letusan itu disahkan menerusi camera web dan imej satelit,” kata institut itu.

Kawasan letusan itu tidak berpenghuni dan tidak menyebabkan sebarang insiden bahaya walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik serta lokasi memancing di Grindavik hanya terletak beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Letusan gunung berapi di wilayah itu dikenali sebagai letusan effusive kerana lava hanya mengalir keluar terus dari tanah berbanding letupan yang meletupkan kepulan awan debu ke langit.

Menurut Pejabat Meteorologi, sistem gunung berapi Krysuvik tidak aktif selama 900 tahun terakhir, sementara, letusan terakhir di semenanjung Reykjanes bermula 800 hingga 1,240 tahun lalu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya