Gempa 6.3 skala Richter gegar Greece - Utusan Malaysia

Gempa 6.3 skala Richter gegar Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan tengah Greece hari ini, menurut Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Media tempatan melaporkan, gempa itu menyebabkan penduduk tempatan panik dan lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri.

Institut Geodinamik di sini memaklumkan gempa tersebut boleh dirasai di seluruh tengah dan utara Greece dan diukur pada kekuatan 6.0 Richter.

Berdasarkan data pusat pemantauan tersebut, pusat gempa bumi berkenaan terletak 21 kilometer ke selatan pekan Elassona berhampiran Larissa.

Gempa itu dilaporkan turut dirasai di Albania, Macedonia Utara, Kosovo dan Montenegro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya