Gara-gara kucing, tren tergendala dua jam - Utusan Malaysia

Gara-gara kucing, tren tergendala dua jam

Perkhidmatan sebuah tren di London tergendala selama dua jam setengah selepas seekor kucing terperangkap atas bumbung pengangkutan itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seekor kucing enggan turun dari bumbung sebuah tren sehingga menyebabkan perjalanan kereta api itu terganggu selama selama dua jam setengah . 

Lapor Metro.co, perkhidmatan kereta api Avanti West Coast tergendala apabila haiwan itu dikesan berada di bahagian bumbung pengangkutan itu setengah jam sebelum ia dijadualkan bergerak ke Manchester pada pukul 8.30 malam, kelmarin. 

Seorang pekerja berkata, kucing itu kelihatan ketakutan kerana berada berdekatan dengan arus voltan elektrik yang menggerakkan tren tersebut. 

Petugas stesen tren cuba menggunakan tong sampah untuk dijadikan sebagai platform sementara untuk haiwan itu turun.

Namun, kucing itu tidak menghiraukan pujukan tersebut dan hanya duduk diam selama 180 minit.

Pengurus Network Rail di Stesen Euton, Joe Hendry berkata, pihaknya kerap berdepan dengan gangguan burung dalam gerabak kereta api, namun, ini adalah kali pertama mereka diganggu kucing. 

“Kami lega kerana kucing itu berjaya turun dengan selamat dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memastikan operasi berjalan lancar,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya