MANILA: Filipina akan menutup pintu sempadannya kepada pelancong luar dan mengehadkan kemasukan rakyat negara ini yang tinggal di luar negara susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Pendekatan sementara itu diambil selepas jumlah kes meningkat sehingga 5,404 pada awal minggu ini iaitu tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
Paka berpendapat trend peningkatan itu akan menjadi dua kali ganda menjelang penghujung bulan ini.
Selain itu, kebanyakan kes jangkitan dilaporkan di bandar raya ini, menyaksikan perintah berkurung pada waktu malam dikuat kuasa, termasuk arahan duduk di rumah untuk semua kanak-kanak.
Had kemasukan rakyat Filipina yang bekerja di luar ditetapkan sebanyak 1,500 sehari. – AGENSI