Filipina rampas 80 tan kerang gergasi bernilai RM13.4 juta - Utusan Malaysia

Filipina rampas 80 tan kerang gergasi bernilai RM13.4 juta

PIHAK berkuasa Filipina merampas sejumlah kerang gergasi yang diternak secara haram di Kepulauan Palawan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina merampas sejumlah kerang gergasi yang diternak secara haram bernilai AS$3.3 juta (RM13.4 juta).

Dalam satu operasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini, pihak berkuasa merampas kira-kira 80 tan kerang gergasi yang ditemukan di sebuah perkampungan di kepulauan Palawan.

Pasukan tentera laut Filipina, pengawal pantai dan pakar pemuliharaan menyerbu beberapa rumah di Pulau Johnson semalam dan menemukan lebih 300 kerang gergasi.

Pakar pemuliharaan memaklumkan kerang gergasi menjadi tumpuan sindiket haram untuk mengaut keuntungan ketika gading gajah semakin sukar untuk diperoleh ketika ini.

Kulit kerang gergasi sering digunakan untuk menghasilkan barangan perhiasan wanita sehingga lampu gantung hiasan.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya