FBI dedah 10 individu paling dikehendaki dalam serangan Capitol - Utusan Malaysia

FBI dedah 10 individu paling dikehendaki dalam serangan Capitol

PASUKAN polis anti rusuhan bertempur dengan kumpulan perusuh yang menyerbu bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan video baharu suspek yang terlibat dalam serangan di bangunan Capitol, pada 6 Januari lalu.

Lapor The Independent, pihak berkuasa meminta kerjasama orang ramai mengenal pasti identiti 10 individu yang terlibat dalam serangan berbahaya itu.

Timbalan Pengarah Pejabat FBI Washington, Steven D’Antuono berkata, sebanyak 10 video baharu menunjukkan aksi keganasan di bangunan Capitol termasuk perusuh yang mengayunkan tiang, melemparkan objek, menyembur bahan kimia serta menanggalkan topeng gas yang melindungi anggota polis.

“Individu tersebut kelihatan dalam video melakukan jenayah mengerikan terhadap mereka yang bertarung nyawa melindungi rakyat Amerika,” katanya.

Sejak 6 Januari lalu, pihak FBI menahan lebih 300 individu yang dikaitkan dengan kekecohan tersebut, dengan 65 daripadanya dituduh menyerang pegawai penguatkuasa undang-undang, manakala, 10 individu lain dalam video tersebut belum dikenal pasti.

“Kita rasa bersyukur kepada orang ramai yang menghulurkan pertolongan terhadap penyiasatan ini.

“Kami tahu ia akan menjadi keputusan yang sukar untuk melaporkan maklumat mengenai keluarga, kawan atau rakan sekerja. Namun, ia adalah tindakan betul yang perlu dilakukan dan pihak FBI memerlukan bantuan secara berterusan untuk mengenal pasti identiti suspek,” jelasnya.

Seramai lima orang mati semasa serangan di bangunan itu termasuk pegawai polis Capitol, Brian Sicknick.

Rusuhan itu bermula selepas aksi tunjuk perasaan yang didorong oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap penyokongnya berjalan ke Capitol bagi memprotes kemenangan pilihan raya oleh Joe Biden.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya