BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan menerima empat juta lagi dos vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech dalam tempoh dua minggu akan datang. Bekalan vaksin tersebut akan diedarkan di beberapa ‘kawasan panas’ yang menyaksikan kes jangkitan Covid-19 tinggi. Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen membuat pengumuman itu ketika pihaknya cuba memujuk sekurang-kurangnya enam negara anggota termasuk Jerman supaya melonggarkan sekatan sempadan. “Vaksin tersebut akan digunakan di kawasan panas bagi mengawal jangkitan Covid-19, terutamanya melibatkan varian baharu,” katanya. Antara kawasan panas itu termasuk Tyrol di Austria, Nice (Perancis), Bolzano (Itali), Bavaria dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya