THE HAGUE: Agensi Perubatan Eropah (EMA) mula meneliti dan mengkaji vaksin Covid-19 keluaran Rusia iaitu Sputnik V untuk diberi kelulusan penggunaan untuk kesemua 27 negara Eropah.
EMA memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan.
“EMA sudah mula meneliti dan memeriksa vaksin Sputnik V yang dibangunkan oleh Pusat Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya, Rusia,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Rusia memaklumkan pihaknya boleh membekalkan vaksin Sputnik V kepada 50 juta penduduk Eropah bermula Jun ini sekiranya mendapat kelulusan EMA.
Perkara itu diamklumkan oleh Pengarah Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriyev. – AFP