LOS ANGELES: Taman tema yang terpaksa ditutup selama setahun akibat pandemik Covid-19, kini bakal beroperasi semula dengan garis panduan baharu iaitu melarang pengunjung daripada menjerit ketika menaiki permainan mencabar. Peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan pelan pembukaan semula di bawah Persatuan Tarikan dan Taman California (CAPA) itu bertujuan mengekang penularan Covid-19. Lapor Metro, garis panduan itu menggesa semua taman tema termasuk Disneyland untuk melarang pengunjung menjerit ketika menaiki roller coaster atau permainan seumpamanya. CAPA juga mahu pengunjung memakai pelitup muka ketika menaiki permainan tersebut bagi mengelak daripada terkena rembesan cecair…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya